Rawatan sakit muntah terbaik di Ipoh
Sakit Muntah
Muntah adalah satu keadaan pembuangan atau penyingkiran isi kandungan perut melalui mulut. Muntah bukan sejenis penyakit tetapi ia adalah gejala kepada pelbagai jenis penyakit. Bagi kanak-kanak, muntah selalunya pulih dengan sendirinya dan tidak berbahaya kecuali ia disebabkan oleh penyakit serius.
Muntah boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk:
- Refluks - Ia berlaku apabila susu yang diminum terkeluarsemula dari perut secara perlahan-lahan disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan saluran esofagus terbuka secara tidak sengaja. Ini adalah keadaan biasa yang berlaku di peringkat beberapa bulan pertama umur bayi dan tidak memudaratkan.
- Possetting / regurgitation(jeluak) - Ia berlaku apabila bayi anda terjeluak susu melalui mulut sejurus selepas menyusu. Ini juga adalah keadaan biasa di kalangan bayi.
- Projectile vomiting (muntah memancut) – Ia berlaku apabila isi kandungan perut bayi terkeluar secara memancut dan mengejut melalui mulut. Kuantiti yang dimuntahkan selalunya banyak.
Apakah sebab-sebab muntah?
Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:
- Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau 'stomach flu'.
- Keracunan makanan.
- Mabuk perjalanan.
- Terlebih makan.
Sebab-sebab yang jarang berlaku tetapi serius:
- Jangkitan selaput otak atau otak / ensefalitis (meningitis or encephalitis).
- Kecederaan / hantukan pada kepala / otak.
- Ketumbuhan dalam otak.
- Usus tersumbat / tersekat.
- Jangkitan saluran kencing.
- Ketoacidosis diabetik.
- Kegagalan hati.
- Kegagalan buah pinggang.
- Penyakit metabolik.
- Radang appendiks.
- Radang pankreas.
Centre kami mempunyai formula khas untuk permasalahan di atas ,dan memberi tindakbalas yang berkesan ia mengambil masa 1 minggu untuk pulih sepenuhnya.Sila hubungi kami untuk rawatan lanjut:
14 & 16 Jalan Lapangan Siber 1
31350 Bandar Cyber
Tel: 012-4520077 / 012-5036040
Ubat-ubatan boleh dibeli di sini.