选择语言

简体中文

专方专治

NHM加盟

rawatan sakit tapak kaki terbaik di Ipoh . Tapah Bidor Cameron Highland Teluk Intan Taiping
Modificar el tamaño de letra:

Rawatan sakit tapak kaki  di Ipoh 

#ipoh#sakittapakkaki

rawatan sakit tapak kaki terbaik di Ipoh

Sakit Tapak Kaki 

ANTARA keadaan yang paling biasa pada sakit tumit adalah yang

dikenali sebagai plantar fascitis.

Keadaan ini berlaku kerana kecederaan mikro dan keradangan

pada tisu tapak kaki. Keradangan tisu menyebabkan sakit, bengkak

dan lebam.

Fascia / tisu pada tapak kaki terdiri daripada jalur berserabut tisu

tebal di bahagian tapak kaki. Ia melapisi dari tumit ke pangkal jari kaki.

Ia juga bertindak seperti getah untuk mewujudkan ketegangan dan

mengekalkan bentuk kaki.

Apakah gejala sakit pada tapak kaki?

Pada lazimnya sakit tapak kaki adalah sangat tajam dan terletak di

pangkal tumit.Ia juga boleh tersebar ke seluruh tapak kaki.

Sakit paling teruk adalah pada waktu pagi bila bangun daripada tidur

dan bila mengambil langkah pertama selepas untuk tempoh yang

panjang berehat.

Anda juga mungkin mengalami bengkak, sakit bila sentuh tisu tapak

kaki dengan kuat (selalunya di tempat yang khusus bahagian dalam

tumit).Senaman ringan boleh mengurangkan sakit untuk sementara.

Tetapi berjalan lama sering membuat sakit teruk.

Merehatkan kaki anda biasanya mengurangkan kesakitan.

Kadang-kala sakit dirasai apabila melakukan regangan pada tisu tapak

kaki.

Anda mungkin berjalan dengan tempang atau tidak dapat menanggung

berat badan pada kaki yang terjejas.

Apakah punca sakit pada tapak kaki?

Anda lebih cenderung untuk mencederakan fascia plantar anda dalam

keadaan tertentu. Sebagai contoh:

- Jika anda banyak berjalan, berlari, berdiri (aktiviti berterusan yang

melebihi 1jam).

- Jika anda mempunyai postur kaki yang lemah (bentuk tapak kaki

yang leper atau tinggi).

- Jika anda mempunyai kaki atau sendi pergelangan yang keras.

- Jika anda mempunyai kelemahan otot (terutama otot betis).

- Jika terdapat penggunaan yang berlebihan pada kaki atau regangan

secara tiba-tiba pada tapak kaki. (Contoh: latihan yang tidak sesuai atau

berlebihan, atlet yang meningkatkan latihan intensiti berjalan atau jarak

dengan mendadak).

- Jika anda mempunyai otot yang ketat (terutama otot betis).

- Jika anda mempunyai berat badan berlebihan (ini akan meletakkan

tekanan tambahan pada tumit anda).

- Jika anda mempunyai perbezaan panjang kaki.

- Jika anda telah memakai kasut dengan span yang berkurangan atau

sokongan yang lemah pada bentuk kaki. (Elakkan memakai kasut yang

longgar dengan tapak yang nipis).

Siapakah lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki?

Adalah dianggarkan sekitar seorang daripada 10 orang akan mendapat

sakit tapak kaki di Amerika Syarikat dalam kehidupan mereka.

Ia adalah dua kali ganda lebih biasa dalam kalangan wanita berbanding

lelaki.

Atlet juga lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki. Selalunya

melibatkan lingkungan orang yang berusia antara 40 hingga 60 tahun.

Apakah komplikasi jika sakit tapak kaki tidak dirawat?

Mengabaikan sakit tapak kaki boleh menyebabkan sakit menjadi kronik

dan memberi kesan pada kehidupan harian seseorang.

Anda juga boleh mendapat masalah pada kaki, lutut, pinggul atau

belakang kerana sakit tapak kaki membawa kepada perubahan cara

berjalan anda.

Apakah Rawatan Fisioterapi?

Rawatan fisioterapi adalah penting untuk mempercepatkan proses

penyembuhan,memastikan hasil yang optimum dan mengurangkan

kemungkinan sakit berulang.

Fisioterapi akan melakukan penilaian pada kaki anda, membantu anda

untuk melegakan kesakitan, meningkatkan fleksibiliti otot, meningkatkan

kekuatan otot, juga membantu anda untuk merancang kembali aktiviti

harian bila gejala beransur pulih.

Rawatan Fisioterapi boleh terdiri daripada:

Ais atau rawatan haba

Elektroterapi (seperti Ultra Sound)

Senaman untuk meningkatkan keseimbangan, kekuatan dan fleksibiliti

(terutamanya otot-otot betis)

Urutan tisu lembut

Mobilisasi pada sendi otot

Taping (plaster)

Pendidikan (kasut yang bersesuaian dan pengubahsuaian aktiviti harian)

rawatan sakit tapak kaki terbaik di Ipoh

Sila hubungi kamu untuk rawatan dan pertanyaan 

Pusat Rawatan Tradisi Wong  

14 Jalan Lapangan Siber 1

Bandar Cyber 

31350 Ipoh 

Perak 

Tel : 0124520077


 

中心简介

P6050020a.jpg

诊断时间

外国病人

我们有为外国或外地病人提供服务包括:


1.舒适的住宿:我们有为外国或外地病人提供舒适的住宿,

有单人房,二人房和四人房。每间都是有空调设备,环境

舒适宁静。内有冷热水设备。

2.营养膳食:我们每天有为外国或外地病人提供营养膳食。

每日四餐。

3.护理照顾:我们也提供护理照顾服务,我们专业护士每

天有为病人清洗伤口和身体。定时为病人体检以及吃药。

4.交通:我们有提供妥善的交通安排,让病人和家属能安

心养病。

5.机场接送:我们也有提供机场接送服务,让病人和家属

能安心抵达中心。



 



My clinic3

My clinic2

MY CLINIC

newhopemedic waiting hall

 

星期一至星期六

8.30am 至6.00pm

星期日和公共假期

预约

网上看病时间

星期一至星期六

2.30pm至8.00pm

Tel:012-4520077

针灸美容瘦身

针灸美容瘦身


 
Valid XHTML and CSS.