Languages

English (United States)

Medical Treatment

NHM加盟

Rawatan sakit sendi terbaik di Ipoh . Tapah Bidor Cameron Highland Teluk Intan Taiping
Modificar el tamaño de letra:
There are no translations available.

Rawatan sakit sendi terbaik di Ipoh 

rawatan sakit sendi terbaik di Ipoh

sakit sendi 


Sakit sendi dalam istilah perubatan dikenali sebagai arthritis. Ia merangkumi

lebih kurang 100 jenis penyakit yang boleh menyebabkan sakit sendi berlaku.

Majoriti daripada masalah ini berlaku disebabkan umur usia yang meningkat

menyebabkan fungsi struktur dikawasan sendi tersebut merosot.

Sendi adalah tempat yang menghubungkan tulang dan ia juga membenarkan pergerakan. Sebagai contoh dikawasan bahu, siku, lutut dan juga pergelangan tangan.

Ketika mana umur meningkat, struktur dikawasan tersebut tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya menyebabkan ruang dalam sendi tersebut berkurangan dan tulang boleh bergesel di antara satu sama lain. Perkara inilah yang menyebabkan kecederaan tisu dikawasan tersebut dan keradangan pun berlaku.

Punca Sakit Sendi

Terdapat pelbagai jenis sakit sendi (arthritis). Tetapi faktor risiko yang meningkatkan kebarangkalian seseorang itu untuk mendapat masalah ini

adalah:

  • Umur: Umur yang semakin meningkat akan menyebabkan kawasan sendi menjadi semakin tidak berfungsi
  • Jantina: Kebanyakan masalah ini selalunya berlaku pada kaum wanita
  • Genetik: Penyakit yang melibatkan sendi seperti rheumatoid arthritis, SLE dan ankylosing spondylosis selalunya berkait rapat dengan genetik
  • Berlebihan berat badan: Lebihan berat badan akan memberi tekanan yang lebih kepada sendi dan ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kawasan tersebut
  • Kecederaan pada sendi: Kecederaan yang lepas pada sendi seperti ligament yang koyak akan menyebabkan sendi tersebut tidak stabil dan kecederaan yang seterusnya akan lebih mudah berlaku.
  • Jangkitan: Terdapat beberapa jenis jangkitan bakteria dan virus yang menyebabkan keradangan
  • Berlebihan kerja: Jika seseorang itu membuat kerja yang berlebihan 
  • seperti mengangkat barang yang berat, ia boleh mencederakan kawasan sendi yang boleh menyebabkan sakit ini berlaku.

Simptom dan tanda sakit sendi

Arthritis selalunya berlaku di kawasan sendi. Ia juga boleh menyebabkan

simptom lain seperti:

  • Satu ataupun lebih sendi yang
  • Sendi yang kelihatan merah dan panas bila disentuh
  • Sakit bila dipegang
  • Mengalami masalah pergerakan
  • Mengalami maslaah untuk melakukan tugasan harian

Jenis-jenis sakit sendi

Kebanyakan masalah adalah disebabkan osteoarthritis dan juga rheumatoid arthritis.

1. Osteoarthritis

Terdapat kusyen di hujung tulang yang dinamakan sebagai tisu rawan (cartilage). Dalam pesakit osteoarthritis kusyen yang berfungsi sebagai pelapik untuk melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan menipis. Ia berlaku sehingga mana tulang boleh bergesel diantara satu sama lain.

Perkara ini akan menyebabkan tisu dikawasan tersebut cedera dan menyebabkan kesakitan.

Sakit sendi jenis ini selalunya berlaku ketika kita meningkat usia. Tetapi ia juga boleh disebabkan kecederaan ligament yang menyebabkan sendi tersebut tidak stabil.

Jika anda berumur dan sakit sendi, selalunya anda mengalami sakit sendi jenis ini

2. Rheumatoid arthritis

Adalah penyakit dimana sistem pertahanan badan menyerang sel badan itu sendiri. Dalam kes ini, sel pertahanan badan akan menyerang tisu dikawasan sendi itu dan menyebabkan keradangan berlaku.

Selalunya ia akan menyerang sendi pada jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan juga lutut.

Ia boleh menyebabkan bengkak, sendi susah untuk digerakkan dan sakit ketika bergerak. Pesakit juga akan mengalami

  • Rasa letih selalu
  • Pesakit akan mengalami sakit sendi yang teruk ketika bangun tidur
  • Demam
  • Hilang berat badan
  • Keradangan di bahagian mata(konjunktivitis)

3. Gout

Gout adalah salah satu penyebab sakit sendi yang sangat menyakitkan. Pengumpulan asid urik di bahagian sendi akan menyebabkan penghasilan kristal di kawasan sendi tersebut.

Selalunya gout akan menyerang kawasan ibu jari kaki yang menyebabkan sendi itu bengkak, merah dan juga berasa panas

Ia juga boleh disebabkan beberapa keadaan lain seperti:

  • Ankylosing spondylitis: Dalam penyakit ini, sel pertahanan badan akan menyerang sendi dikawasan tulang belakang
  • Systemic Lupus Erythematosus: Dalam penyakit ini pula, sel pertahanan badan akan menyerang semua tisu dalam badan termasuk sendi
  • Psoriatic arthritis: Adalah penyakit yang berkaitan dengan masalah kulit iaitu psoriasis. Tetapi dalam psoriasis ia juga boleh menyerang kawasan sendi
  • Septic arthiris: Jangkitan kuman pada sendi

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Anda mungkin akan mengalami sakit-sakit sendi yang biasa. Ianya tiada masalah. Tetapi jika anda mengalami tanda-tanda ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor

Simptom dan tanda tersebut adalah:

  • Kesakitan, bengkak itu berlaku secara berterusan
  • Simptom menjadi menjadi semakin teruk
  • Anda mempunyai saudara yang mengalami penyakit autoimun (sebagai contoh Rheumatoid arthritis, Systemic lupus erythematosus ataupun ankylosing spondylitis)

Jangan mengabaikan masalah ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan sendi yang kekal.

Sila hubungi kami untuk rawatan dan pertanyaan 

rawatan sakit sendi terbaik di Ipoh

Wong Medical Centre 

14 Jalan Lapangan Siber 1

Bandar Cyber 

31350 Ipoh 

Perak 

Tel : 0124520077




 

Our Centre

P6050009a.jpg

Consultation Hours

INTERNATIONAL PATIENT


ACCOMMODATION: We provide comfortable and serene environment for our patients. All rooms are fully air-conditioned.

MEALS :  Meals provided are healthy diet and prepared according to the patient's needs.

NURSING CARE : Nursing Care facilities provided.

TRANSPORTATION: We provide transportation  if needed.

TRANSPORT PROVIDED : Transportation provided to and from the airport to the centre.

 



My clinic3

My clinic2

MY CLINIC

newhopemedic waiting hall

 

Monday To Saturday

8.30pm to 5.30 pm

Sunday And Public Holiday

Appointment

Online Consultation Hours

Monday To Saturday

2.30pm to 6.00pm

Tel:012-4520077

针灸美容瘦身

针灸美容瘦身


 
Valid XHTML and CSS.