Rawatan sakit tumit terbaik di Ipoh
sakit tumit
SAKIT tumit? Mungkin bunyinya agak remeh, tetapi sakit tumit adalah antara masalah yang sering membawa pesakit berjumpa doktor selain kerap mengambil cuti sakit kerana sukar berjalan.
Ada pelbagai faktor yang menyebabkan sakit tumit ini. Antara punca yang paling biasa adalah plantar fasciitis yang membabitkan kesakitan dan radang pada tisu yang dikenali plantar fascia.
Jika dilihat, plantar fascia merangkumi sejenis tisu panjang yang ada di bawah tapak kaki yang bermula dari ibu jari kaki sehinggalah ke tumit. Antara fungsi utama tisu ini adalah untuk menyerap hentakan pada kaki dan juga untuk mengekalkan bentuk gerbang atau arch di kaki.
Dalam kes-kes tertentu, tisu ini mengalami keradangan. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan keradangan ini tetapi ia mungkin berkait rapat dengan proses penuaan selain trauma mikro yang berlaku berulang kali.
Selalunya, masalah ini dirasai dengan tanda-tanda seperti sakit tumit terutama pada waktu pagi, khususnya sejurus turun dari katil dan menjejakkan kaki di lantai. Ia juga berlaku selepas lama berjalan terutama dalam pekerjaan yang memerlukan individu banyak berjalan seperti jururawat.
Rawatan kami merangkumi Physiotherapy, Chiropractic , dan Yi dao terapi. Rawatan ini mengambil masa 1 bulan untuk pulih sepenuhnya.
Centre kami juga mempunyai formula khas untuk permasalahan di atas ,dan memberi tindakbalas yang berkesan ia mengambil masa 2 minggu untuk pulih sepenuhnya .Sila hubungi kami untuk rawatan lanjut
14 & 16 Jalan Lapangan Siber 1
Bandar Cycber , 31350
Ipoh , Perak , Malaysia
Tel : 012-4520077 / 012-5036040