Bahasa
Rawatan
Online Video
Pain Management
NHM加盟
There are no translations available. Ligamen merupakan tisu berserat yang sangat kuat dan elastik dimana ia menyambungkan bahagian tulang dengan tulang. Fungsi ligamen ialah membenarkan pergerakan terhad secara pasif antara tulang. Kecederaaan ligamen ini sering berlaku kepada atlet dan melibatkan pelbagai kawasan seperti lutut, bahu, kaki dan lain- lain Kecederaan ligamen pada lutut dan tapak kaki menunjukkan purata tertinggi disebabkan hampir kesemua sukan melibatkan pergerakan kaki. Kecederaan ligament ini boleh berlaku apabila pergerakan yang dilakukan melebihi kemampuan bergerak, dimana ligamen tersebut akan ditarik dan memungkin kebarangkalian untuk cedera atau koyak. Rekod menunjukkan ACL dan Ankle Sprain mencatatkan rekod terbanyak kes kecederaan sukan. Tahap kecederaan ligamen
Kecederaan ligamen terbahagi kepada 3 tahap: Tahap 1: Ligamen terseliuh atau koyak ringan Tahap 2: 50% daripada ligamen koyak Tahap 3: Ligamen koyak sepenuhnya Merupakan salah satu ligamen yang berada di lutut yang menyambungkan bahagian peha dan juga bahagian betis. Fungsi ACL ini adalah untuk menstabilkan lutut terutama sewaktu pergerakan pivot atau pusingan. Disebabkan itu, kebanyakan kes ACL melibatkan pergerakan twisting, ‘change direction’ dan landing. Ia kerap berlaku kepada pemain bola sepak, ragbi dan futsal (paling tinggi). Fakta ACL Purata menunjukkan 10% kecederaan ACL membabitkan pemain professional manakala selebihnya adalah dalam kalangan penggemar sukan dan yang belum bersedia untuk aktiviti lasak.Dan risiko pemain perempuan 3X lebih tinggi berbanding pemain lelaki Ankle Sprain adalah kecederaan pada tisu (ligamen) yang membalut sendi kaki dan menyambungkan tulang betis dan tulang pada bahagian tapak kaki. Biasanya terjadi apabila melakukan pusingan secara tiba-tiba dalam keadaan yang postur badan dan kaki yang salah. Pergerakkan spontan dan secara insiden ini memaksa bahagian kaki keluar daripada posisi normalnya mengakibatkan regangan secara berlebihan, atau luka koyakkan ke atas ligamen. Masalah ini juga antara masalah-masalah yang kerap berlaku sewaktu bersukan. Sila hubungi kami untuk rawatan dan pertanyaan Pusat Rawatan Tradisi Wong Jalan Lapangan siber 1 Bandar Cyber 31350 Ipoh Tel :0124520077 |
Pengenalan Pusat
Waktu Rawatan
PASIEN ANTARABANGSA PENGINAPAN: Kami menyediakan penginapan yang selesa dan bersih di center kami. MAKANAN: Kami ada menyediakan makanan yang berkhasiat. KHIDMAT PENJAGAAN : Kami menyediakan juga khidmat pejagaan jururawat. KEMUDAHAN PENGANGKUTAN : Kemudahan pengangkutan disediakan. Pengambilan ke dan dari lapangan terbang ke center kami. |